Ahli Berkhemah

1. Anda dikehendaki berkhemah diluar bersama dengan pengakap lain atau dalam patrol dalam aktiviti pengakap dan di dalam khemah secara berkumpul sekurang-kurangnya 12 malam.

• Melengkapkan borang M9.

• (Jikalau masih, tidak cukup, anda boleh hantar tugasan dahulu dan gantikannya dalam masa setahun)

2. Anda dikehendaki menyertakan gambar foto perkhemahan anda tersebut (dikehendaki terdapat gambaran khemah di dalam).

3. Anda dikehendaki menyenaraikan faktor penting dalam memilih tapak perkhemahan.

4. Anda dikehendaki menyenaraikan faktor penting tentang kebersihan dan keselamatan.

5. Anda dikehendaki menunjukkan bagaimana anda menyimpan makanan semasa perkhemahan (lukiskan gadjet atau cara yang digunakan).

6. Anda dikehendaki memaparkan 3 jenis gadjet yang anda buat semasa Kem Latihan dalam bentuk gambar foto.

7. Anda dikehendaki melampirkan salinan Sijil-sijil atau Surat Pengesahan perkhemahan berkenaan.