1. Anda dikehendaki menghadiri ke Kursus Pertolongan Cemas peringkat rendah yang diadakan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah, St John Ambulans, Pertahanan Awam atau mana-mana badan perubatan yang diiktiraf.
2. Anda dikehendaki mencatatkan perkara yang anda pelajari merangkumi:
• Susunan Anggota Jasmani
• Urat Nadi
• Balutan anduh
• Rawatan shock
• Rawatan tulang patah
• CPR
3. Anda dikehendaki melampirkan gambar foto semasa anda menghadiri kursus.
4. Anda dikehendaki melampirkan sijil atau surat pengesahan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur.