Lima Lencana Tertinggi

Lencana Jaya Diri

Lencana Kemahiran

Lencana Kegiatan

Lencana Ekspedisi

Lencana Perkhidmatan

Lencana Jaya Diri

Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dalam kenegaraan, fungsi-fungsi Parlimen Malaysia, badan berkanun, dan mempunyai buku log Pengakap yang kemas kini.

Untuk lulus Lencana Jayadiri seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut :


1. Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen. 

2. Melukis dan menerangkan rupa bentuk bendera semua negeri dalam Malaysia dan mengetahui Lambang

Malaysia dan Lambang Negeri masing-masing.

3. Menerangkan fungsi satu daripada agensi kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA,

FELDA, LPN, PETRONAS, dan lain-lain.

4. Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan kawasan Parlimen serta nama Ahli Parlimen

berkenaan.

5. Mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini.

Lencana Kemahiran

Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam kegiatan luar dengan memperlihatkan darjah tertinggi ilmu asas perbarisan, simpulan dan ikatan, projek perintis, ilmu berkhemah dan navigasi serta ikhtiar hidup.

Untuk lulus Lencana Kemahiran seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut :


1. Telah mencapai darjah yang tertinggi dalam ilmu asas perbarisan sebagaimana yang dikehendaki dalam

Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana Jaya, kawat tongkat serta cara membawa bendera dan telah melatih

dengan jaya satu unit Pengakap dalam ilmu tersebut.

2. Mengetahui cara mengikat serta kegunaan simpulan dan ikatan yang berikut :

    -  Simpul Tapak Kucing (Cat's Paw Know)

    -  Simpul Raga (Carrick Bend)

    -  Simpul Serban (Turk's Head)

    -  Simpul Buaian (Scaffold Hitch)

    -  Lilit Berkas Tingkat (Racking Bend)

    -  Genggam Monyet (Monkey Fist Knot)

    -  Sambat Pendek (Short Splice)

    -  Ikat Seraya Jepun (Japanese Lashing)

    -  Ikat Serong Filipina (Filipino Lashing)

    -  Takal Tali (Rope Tackle/ Harvester's Hitch)

3. Mengetahui cara membuat dan menggunakan sistem takal dan pancang dogang (anchorage) iaitu :

a. "3-2-1"

b. "log&picket"

c. "dead-man"

4. Membina satu projek perintis secara berpatrol seperti menara, jambatan atau 'aerial runway' tidak kurang daripada 5 meter tinggi atau panjang. 

5. Melanjutkan pengetahuan dalam pemetaan dengan mengetahui mengenai asas "Orienteering" dan cara membuat "cross-bearing" bagi mencari kedudukan di atas peta dengan menggunakan kompas.

6. Memahirkan disi dalam ilmu tahan lasak hidup dengan membuat "bivouac" dan bermalam di dalamnya, membuat perangkap yang mudah serta membuat masakan rimba (backwoods) seperti nasi, ikan/ daging dan telur.

7. Mengenali 5 jenis tapak haiwan dan membuat 2 jenis plaster cast.

8. Mengetahui cara penganggaran (estimation) tinggi dan lebar.

9. Membuat SATU model projek perintis.

10. Lakukan 1 yang berikut :

a. Berenang 50 meter berpakaian lengkap 

b. Melempar tali yang panjangnya 20 meter sejauh 12 meter supaya jatuh ke kawasan antara 2 pancang yang jaraknya 2 meter dengan mendapat 2 kejayaaan daripada 3 lemparan.

ATAU

c. Mengetahui cara Abseilling / Rappeling, alatan untuk 'abseilling', langkah keselamatan, sistem belay, cara "abseilling" dan melakukannya sejauh 8 meter

d. Mengetahui cara membina halangan komando dan langkah keselamatan berkenaan serta melakukan 12 daripadanya.

    - melalui titi goyang.

    - melalui titi komando.

    - melalui titi pacak.

    - bergayut tali.

    - bergayut monyet.

    - merangkak "deadman's crawl".

    - menyusupi halangan tayar.

    - merangkak bawah jaring.

    - melalui terowong.

    - memanjat tali.

    - memanjat pokok.

    - memanjat tangga.

    - memanjat tembok.

    - memanjat batang pokok.

e. Menggunakan Tindih Kasih Gelung atau Simpul Kerusi untuk menurunkan seorang yang cedera dari tempat tinggi.

- 5 meter (pokok, atau bangunan atau gaung curam)

Lencana Kegiatan

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam pertukangan, tarian kebudayaan, seni kraf, pertanian, seni mizik, seni bela diri, teknologi maklumat, dan pengendalian urus setia.

Untuk lulus Lencana Kegiatan seseorang Pengakap perlu pilih dan lulus 1 kategori berikut :


1. Pementasan 

2. Bertukang Kayu / Logam

3. Tarian kebudayaan

4. Kraftangan / Kerjatangan  

5. Seni Mempertahankan Diri

6. Muzik

7. Urusetia

8. Pertanian

9. Komputer

Lencana Ekspedisi

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan ekspedisi seperti berbasikal, berperahu, berakit, mendaki gunung, berjalan kaki dan melengkapkan log ekspedisi seperti disyaratkan.


1. Latihan Ekspedisi

Mengetahui keperluan peribadi dan patrol untuk ekspedisi dan menunjukkan kaedah membugkus dan membawa bekalan yang lengkap bagi pengembaraan yang beratnya tidak lebih daripada 15 kg terasuk 10 kg barang makanan. Pengakap hendaklah bersedia menyediakan dan menyusun keperluan peribadi di dalam beg sandang (haversack).


2. Ekspedisi

2.1 Mengambil bahagian yang penting dalam satu ekspedisi berpatrol (4 hingga 7 orang) dengan berjalan kaki selama 4 hari 3 malam sejauh 80 km ATAU 150 km dengan melaksanakan tugasan.

2.2 Perjalanan hendaklah meliputi jalan raya, jalan desa, hutan berbukit bukau.

2.3 Bermalam di satu lokasi, mendirikan khemah dan menyediakan makan malam dan sarapan secara "backwoods" dan seumpamanya.

2.4 Perjalanan meliputi pengembaraan malam tidak kurang dari 3 jam.

ATAU

2.5 Berjalan kaki bersama patrol (4-7 orang) tidak kurang daripada 40 km dalam masa 24 jam terus menerus dengan melaksanakan tugasan.

2.6 Perjalanan hendaklah meliputi pinggaran bandar, desa atau luar bandar.

2.7 Masa rehat diberikan selama 2 jam bagi menyediakan makanan yang disediakan secara "backwoods" atau seumpamanya. 

2.8 Ekspedisi ini diakhiri dengan pengembaraan malam selama 10 jam.

ATAU

2.9 Berakit, berkayak atau berdayung sejauh 50 km selama 4 hari 3 malamdi sungai atau di persisiran pantai.

ATAU 

2.10 Mendaki gunung selama 3 hari 2 malam (mengukut keadaan tempatan)tidak kurang 4500 kaki aras laut.


3. Tugasan

3.1 Menyediakan laporan bertulis Log Ekspedisi mengikut format yang disediakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri.

3.2 Tugasan-tugasan tertentu yang berkaitan dengan perjalanan ekspedisi.

3.3 Laporan perjalanan dan tugasan hendaklah disokong dengan gambar, rakaman atau video dan sebagainya.

3.4 Log Ekspedisi hendaklah dihantar untuk disemak oleh Pemimpin Kumpulan tidak lewat 10 hari selepas ekspedisi untuk kelayakan lencana.


INGATAN : 

- Pengakap Remaja berkenaan mengetahui dan boleh menyediakan langkah-langkah keselamatan bagi jenis pengembaraan yang dipilih.

- Penguji mestilah berpuas hati bahawa Pengakap Remaja berkenaan sihat tubuh badan dan fikiran untuk melakukan ekspedsi itu dan semua syarat keselamatan telah diambil.

Lencana Perkhidmatan

Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran, kecekapan dalam pertolongan cemas, kebombaan, penyelaat nyawa dengan memperlihatkan darjah tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan-perkidmatan yang berkaitan tentangnya.


1. Menyelamatan Nyawa

Lulus dan mempunyai SATU sijil mana-mana satu kemahiran perkhidmatan yang berikut :

a. Pertolongan Cemas 

Sijil Peringkat Asas yang dikendalikan oleh Pegaai perubatan bertauliah atau St John Ambulan atau Bulan Sabit Merah atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia atau yang setaraf dengannya.

b. Pemadam Api

Sijil Asas Kebombaan yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

c. Penyelamat Nyawa

Penyelamat Nyawa atau "Bronze Medallion" daripada Persekutuan Penyelamat Nyawa atau badan-badan lain yang diiktiraf seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. (JPAM)


2. Perkhidmatan Masyarakat

Membuat kerja amal yang diakui kepada masyarakat berjumlah selama 24 jam dalam temph 9 hingga 12 bulan;

umpamanya menolong dalam Perkhemahan Daerah, Negeri atau Kebangsaan, banjir , bencana alam, di rumah

ibadat, rumah kebajikan, khidmat tergempa bila-bila berlaku kebakaran, menuai padi, dan mengambil bahagian

dalam projek yang dianjurkan oleh pihak berkenaan (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung :

JKKK) atau seumpamanya.